Monday, December 22, 2014

Pondok Jiwa

Pernahkah kita melalui satu keadaan di mana amat menyulitkan dan tiada lagi tempat berteduh untuk berhenti dari kerumitan itu? Satu perjalanan hidup takkan lengkap tanpa adanya permasalahan. Percayalah cakap aku bahawa masalah itu sendiri ada ketikanya mampu buat kita rindu nak hadap balik masalah yang sama. Sebab kekusutan yang timbul dari timbunan-timbunan masalah tulah yang akan bentuk acuan diri sampai saat ini. Kalau benar kita ni bangsa yang berTUHAN kan ALLAH yang ESA. Kenalpasti pondok yang mampu meneduhkan jiwa kita iaitu Al-Quran dan Hadis Baginda SAW. Tiada permasalahan utk disimpan seorang diri. Bukalah seluas-luas tapak tangan lantas berdoa untuk kesenangan hari ini esok dan seterusnya. Masalah bukan cuba nak buat kita resah gelisah. Tapi nak uji sejauh mana kita mampu mengheret ketabahan hati serta lidah ! :)

Monday, December 15, 2014

.Persoalan otak dan akal

. Kerana kita manusia itu sendiri punya otak dan juga akal karuniaanNYA, maka seharusnya keputusan itu perlulah bersifat rasional majoritinya. Aliran akal yang serba singkat menarik sekelompok kebencian dari jiwa2 yang enggan berkompromi dengan kebodohan yang disengajakan. Akal itu sebenarnya aset terbesar Pihak Langit buat kita manusia daif. Gunakan ia 'sesufi' mungkin.

Thursday, November 27, 2014

Mati sebuah permulaan

.AssalamualaikumTerasing benar perkataan mati itu dalam sebuah kamus manusia seusia generasi Y seperti aku. Perkataan itu semahunya dipadam dalam belekan buku kehidupan. Sangat janggal serta tidak enak bermula entri dengan tajuk ini. Tapi kehidupan kematian itu bahkan sebuah nikmat bagi jiwa-jiwa yang hidupnya dipelihara oleh penjaga yang namanya iman dari TUHAN. Kerana setiap yang namanya hidup itu pasti bertemu dengan entiti yang berlebel mati. Salam pertama aku laungkan dari sendi yang menulis.